Tuesday, June 14, 2011

HATI~

its better for me to flown away with the skies~




dear my Mr Bloggie,


mungkin sudah cukup lama ku caci maki pekung ku kepada mu,
mungkin sudah begitu lama ku mencari satu hakiki yang lamanya tiada,
mungkin sudah lama ku inginkan kebahgiaan yang lama ku nanti,
mungkin selama ini ku berharap kepada percayaan yang penuh kepalsuan,


sudah begitu lama ku angankan satu, satu titik noktah,
akan pengakhiran penderitaan yang ku cari,
akan permulaan satu detik yang selama ini ku hilang entah ke mana,
Ya, permulaan yang tiada titik mula


mungkin ini permulaan bagiku,
permulaan bahawa  merobah diriku,
menjadi sesuatu yang kaku,
menjadi sesuatu yang penuh tanda tanya,
mampukah aku?


tiada puisi dapat ku madah,
tiada syair dapat ku lagukan,
tiada sayembara dapat ku tulis,
cuma,
sekeping hati yg ku bawa entah bila,
sekeping hati yang menanggung semua derita,
sekeping hati yang rapuh dek kesetiaan,
sekeping hati yang tulus kerana janji mu,
sekeping hati yang bakal berkecai,
menuju Ilahi hakiki, 


ma'asalamah,~

1 comment:

. said...

la kenapa pulak ni din... saba ye...